*Saya ni jenis tak pilih kawan,
*Ramai orang kata saya tak hensem, saya tak pedulikan semua tuh.
*mak saya cakap jgan bercinta kalu org kte syg maen kan kite . .
*Saya benci dengan lipas, sebab lipas lari laju, sebab tuh saya tak sempat pukul dia.
*Saya suka dengan mak saya, sebab saya anak dia
*Saya suka pergi tandas, sebab bila dah jatuhkan saham, saya rasa lega.
*Tiap-tiap hari selasa saya akan balik kampung sebab kucing saya akan melahirkan seorang anak.
*Saya selalu tumbuk pc sebab kalah main game SDO-X.
*Tiap-tiap hari jumaat saya suka makan cendol sensorang sebab masa tuh semua orang pegi sembahyang jumaat.
*Saya suka minum air horlicks sebab dalam iklan tv kata beli 2 percuma 1 anak patung.
*Saya dulu famous sebab saya dulu kawan dengan salman khan.
*Saya lebih rela kawan dengan cimpanzi berbanding kawan-kawan saya sebab diorg semua tak hensem.
*Saya suka kat mariah carey tapi dia tak hiraukan saya. *Saya tak suka berbasikal sebab saya takde basikal.
*Saya suka tido dengan bantal daripada tilam sebab tilam tak boleh dipeluk.
*Saya suka dengan baby sebab bila baby senyum saya rasa baby tuh nak ngorat saya.
*Saya tak suka main kejar-kejar sebab takde sapa nak kejar saya.
*Saya suka makan lemang sebab pasal lemanglah saya kantoi puasa tahun lepas.
*Saya tak suka dengan Britney Spears sebab dia seksi, mak saya marah.
*Saya benci cicak sebab cicaklah membuatkan pc saya kejung.
*Saya tak suka dengan jennifer lopez sebab dia pernah ajak saya curik tayar lori.
*Ramai perempuan suka kat saya sebab saya pandai masak.
*Saya suka kluar shopping hanya untuk membeli choki2
*Itu jek la yang saya boleh bagitau, nak tau lebih lanjut sila dail talian bebas tol 1-800-pergi-mampos Ps:-. geng,kalau trkasar bahase..ampun dunia neraka...:)~! HAHAHAHA
Monday, September 13, 2010
Apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita
Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, aku tertarik dengan
senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita.
Hemm..cerewet juga lelaki ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai
menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki
mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang
mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana
kebenarannya, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai.
Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada
lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket
wayang.”
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi
tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan
kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius
dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi
dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.
Indeks cemburu lelaki mengikut horoskop
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu.
Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia
mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam
sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa
mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Cemburu sering
dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga
mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya.
Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan
perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat
indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran.
Aquarius- Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia
sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada
seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. Lelaki
yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan
tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat
memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan
menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan
tenggelamkan anda.
Aries -Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain
seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak
kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan
musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk
menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Taurus -Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur.
Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima
kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda
keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk
memberi penjelasan kepadanya.
Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu
permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu,
dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan
mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain
walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini
adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain
Cancer -Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini.
Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit
dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan
kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya
perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan
kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-
harakan dunia ini.
Leo -Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan
cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan
menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun
kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah,
namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk
berbincang dengan kekasihnya.
Virgo -Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak
mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Libra -Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib.
Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela
mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin
menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan
menjejaskan hubungan mereka.
Scorpio -Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat
cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi
cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan
sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Sagitarius -Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya
datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu
sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal
sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru
dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Capricorn -Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu,
dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan
mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau
di tempat kerja.
Kategori: Lelaki Cinta | Ungkapan Cinta
Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri
atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas
untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun
kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang
sanggup berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki
berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak
kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda
memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh
memperbaiki diri anda.
Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada
badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita,
menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani
dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan
sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja
itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang
keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau
kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan
yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan
dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan
wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka
selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah
kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat
penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa
bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya
kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan
bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu
menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang
yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau
melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah
mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan
ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan
merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan
bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki
stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah
arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan,
begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang
ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan
perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat
di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan
oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti
agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia
sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya
menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan
yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah
biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang
berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih
suka bergaul dan bijaksana.
Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan
senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik
kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan
teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai
menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia
berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi
pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang
tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya
.Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan
remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana
menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa
kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah
yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu
berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak
menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan
kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah
seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi
dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan
memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak
harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang
boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan
lagaknya.
Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan
kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan
mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan
menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut
dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan .
Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan
rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita
.Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya
dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari
pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana
dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan
wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan
baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu ,
dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya.
Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar
untuk bercerai.
Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut.
Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin
nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan
berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia
juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting
padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya
membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia
mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan
yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya
perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang
cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau
merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan
menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya
memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.
Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya
agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas ,
matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian
wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan
kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang
tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan
kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu
mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan
mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci ,
juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan
mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan
yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya
membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini
menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali
menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga
mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.
Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak
kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar
dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin
mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang
sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya
kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang
lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan
kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai
kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar
memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin
mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai
.Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di
kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang
mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia
bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama ,
sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam
berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian ,
atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik
perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.
Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian
sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang
jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang
hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat
membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya
dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila
hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang
intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat
menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal
.Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau
untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan
nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia
cenderung untuk mementingkan diri sendiri.
Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya
.Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka
bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke
tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang
undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi ,
tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi
semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit,
hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi
kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai
pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika
tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka
jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi
dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki
berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang
menyimpan wanita lain .
Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan
sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar
rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja
sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan
yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin
dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita
menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita
yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia
boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar
jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai
.Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan
keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan
.Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan
, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.
Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya
lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia
adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap
intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia
tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding
hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai
perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi
pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia
mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual
dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka
kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai
menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan
menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat
komitmen .
Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat
dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia
kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang
menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan
baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati
tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan
sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati
orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan
pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan ,
menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar
dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin .
Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau
ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat ,
mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .
Kategori: DiSEbaLik Cara kita Berjalan
•Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak
tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita
ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser
dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan
seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah,
wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu
masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana
wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
•Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang
menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang
berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini
senang diatur dan diuruskan.
•
Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan
wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan
berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini
biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita
dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak
akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
•
Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa
yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia
berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu
berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
•Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang
berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan
masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu
sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.
Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan
yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
•Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur
oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan
dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.

Sunday, September 12, 2010
ini cara aku. jangan tiru :DD
kau boleh acukan diriku...dan anggap ku tak ada...namun takkan merubah...perasaanku...terhadapmu...kuyakini suatu saat....semuakan terjadi...kau kan mencinta...dan takkan pernah....melepasku....aku mahu mendampingi dirimu....aku mahu cintai kekuranganmu...selalu ingin bahagiakanmu....apapun terjadi...kujanjikan aku ada...aku mahu mendampingi dirimu...aku mahu cintai kekuranganmu....aku yang rela....terluka....untukmu selalu....aku mahu mendampingi dirimu....aku mahu cintai kekuranganmu...selalu ingin bahagiakanmu....apapun terjadi...kujanjikan aku ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)